sila klik pada iklan dibawah sebagai tanda sokongan pada blog ini :

Monday, January 31, 2011

Home Exercise For 6 Cerdas & 6 Cekal..



Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina..
Cikgu cuma nak ingatkan para pelajar yang otak kita akan melupakan sesuatu yang ditinggalkan untuk suatu jangkamasa yang panjang....(except it's so special)...dan prestasi otak untuk memikirkan suatu yang abstrak juga akan menjadi perlahan sekiranya dibiarkan tidak berfungsi (berfikir) tentang sesuatu perkara (especially academic)...
Oleh yang demikian, jangan tinggalkan terus buku, dan semua bahan akademik anda...sekurang-kurangnya, luangkan masa beberapa jam untuk belajar (dengan fokus, bukan sambil mengelamun)...then, selepas belajar, tutup buku/ bahan bacaan, kemudian sebutkan maklumat-maklumat penting yang telah dipelajari...kalau semua perkara dapat disebut dengan lancar, bermakna usaha anda berhasil, jika tidak, anda telah pun buat sesuatu yang sia-sia...belajar tanpa fokus, minat, akan membuatkan anda lebih banyak mengelamun...hasilnya, Nothing...Jadi, cara terbaik untuk kekal fokus ialah:
  • Pastikan fizikal/mental dalam keadaan bersedia
  • Pastikan suasana yang sesuai/tiada gangguan lain (ibubapa mesti bekerjasama dalam hal ini)
  • Paling penting, tetapkan gol anda (aim your target)...contohnya, untuk belajar tajuk 'Endangered Animals', pastikan anda telah tetapkan apa yang nak diperolehi; binatang yang terancam dan hampir pupus. kemudian, barulah dapatkan takrif, contoh binatang, dan penyebabnya...bila dapat penyebab, anda sudahpun boleh mengagak cara menanganinya, tanpa menghafal...95 peratus telahpun diperolehi melalui perbincangan kita dalam kelas...dan tolong ulangi berkali-kali sebagai pengukuhan sendiri...
Semoga Allah mendorong kita supaya bersungguh-sungguh dalam usaha kebaikan kita...dan semoga memua ilmu yang kita pelajari memberi manfaat pada hidup kita, dunia dan akhirat...Amin..

No comments:

Post a Comment